Penggunaan Aplikasi Forum Internet dan Kaedah Jigsaw dalam Pembelajaran Berkesan Sejarah Tingkatan Enam

November 29, 2010 at 11:29 pm Leave a comment

Abstrak

Matapelajaran  sejarah merupakan matapelajaran yang kurang digemari oleh pelajar dan seringkali dianggap subjek kaku yang membosankan. Justeru kepentingan menanamkan semangat cintakan Negara dan aspek integrasi antara kaum maka sangat penting maka wajar kaedah pembelajaran berkesan dicuba untuk meningkatkan pencapaian dan secara tidak langsung menghasilkan pelajar yang bertanggungjwab kepada Negara. Kajian ini adalah mengintegrasikan kaedah forum internet dan pengubahsuaian Kaedah Jigsaw Aronson sebagai kaedah pengajaran berkesan sejarah. Kajian ini dijalankan menggunakan kaedah kuanitatif untuk melihat sama ada terdapat perbezaan pencapaian selepas Kaedah Jigsaw dijalankan. Kajian diandaikan akan menghasilkan kesan yang siginfikan iaitu Kaedah Jigsaw dengan integrasi forum internet berjaya meningkatkan pencapaian pelajar dalam matapelajaran sejarah. Pelajar turut dilihat lebih positif dalam menjalankan tanggungjawab iaitu lebih berkeyakinan dalam pengucapan awam, bertanggungjawab dan berkomunikasi dengan rakan daripada bangsa yang berlainan.

 

 

 

Pengenalan

 

Isu pengajaran dan pembelajaran (P&P) banyak dibincangkan dalam seminar atau menjadi isu utama dalam kajian. Proses P&P biasanya akan melibatkan interaksi secara bersemuka di antara guru dan pelajar (Koh Boh Boon, 1992). Walau bagaimanapun dengan berlakunya perubahan dalam teknologi maklumat, aspek secara bersemuka tidak lagi relevan sepenuhnya malah P&P boleh berlaku melalui manipulasi Teknologi Maklumat dan Komunikasi (TMK) malah menjadi pemangkin dalam P&P (Ehwan Supangat,2005).

 

Aspek pembelajaran berkesan merupakan kaedah terbaik yang boleh memberi kepuasan kepada pelajar dalam aspek P&P. Banyak kaedah yang telah diperdebatkan oleh ahli akademik dan banyak teori telah dikemukakan dan sebahagian besarnya telah digunakan di institusi pendidikan rendah, menengah dan pengajian tinggi. Konsep pembelajaran menggunakan internet juga bukanlah sesuatu yang baru, malah kerajaan Malaysia sejak tahun 1997 telah melancarkan Sekolah Bestari (The Malaysian Smart School, 1997) sejajar dengan gagasan Multimedia Super Corridor (MSC). Walau bagaimanapun amat kurang dilihat aspek pembelajaran secara praktikal di antara dunia internet dan teori pendidikan dalam kelas disepadukan bagi menghasilkan pelajar yang bersesuaian dengan abad ke-21.

 

Walaupun banyak kaedah telah dicadangkan oleh guru kepada pelajar sejarah, masih ramai pelajar lebih suka belajar mengikut kaedah lama iaitu mengulangkaji dan membuat pembacaan secara berseorangan. Justeru, penulis berharap kajian ini boleh memberi pendedahan kepada pelajar tentang penggabungan kaedah belajar sendiri menggunakan aplikasi forum di internet dan perbincangan dalam kumpulan.

 

Tujuan Penulisan

 

Kajian ini dibuat bertujuan untuk melihat sejauhmana pengubahsuaian kaedah Jigsaw dalam P&P Sejarah dapat meningkatkan keberkesanan dalam pencapaian matapelajaran sejarah pelajar di tingkatan enam. Kajian mendapati Kaedah Jigsaw memberi kesan signifikan dalam bidang

 

Selain itu sebagai aspek pengukuhan, aplikasi forum akan disepadukan sebelum kaedah Jigsaw berfungsi sepenuhnya. Kajian ini akan turut melihat kesan sampingan daripada pengunaan kaedah Jigsaw iaitu mengurangkan aspek  prasangka antara kaum Melayu, Cina dan India. Malah aspek keyakinan kendiri dan sifat bertanggungjawab diharap dapat dibina.

 

Aplikasi forum telah lama digunakan dalam pembelajaran di internet. Satu contoh yang baik dilihat adalah sebahagian besar kumpulan pembangun Sistem Operasi Linux menyediakan forum untuk pengguna bagi mempertingkatkan pengetahuan dan mempelajari aspek kekuatan dan kelemahan system operasi masing-masing. Di antara sistem Operasi Linux yang terkenal misalnya openSuSe, Ubuntu, Mandriva dan Fedora.

 

Forum pembelajaran berasaskan IT dilihat sangat sesuai diubah untuk memandu kumpulan pelajar dalam Jigsaw. Setiap pelajar akan diberi akses kepada forum tertentu yang telah ditetapkan. Peranan guru adalah untuk memilih bahan yang sesuai (Heather Coffey, http://www.learnnc.org/lp/pages/4584#note2 )untuk digunakan dan dimasukkan sebagai pautan di dalam forum kumpulan forum masing-masing.

 

Definisi Istilah

 

Aplikasi Forum Internet

Aplikasi forum internet merupakan Laman Web yang menyediakan aspek forum sebagai salah satu daripada perkhidmatan yang ditawarkan. System forum boleh wujud secara percuma (dan sumber kod terbuka) dan berlesen (sumber kod tertutup). Selain membina sendiri system forum, terdapat banyak system forum yang telah mantap dan stabil untuk digunakan misalnya phpBB, bbPress dan  myLittleForum yang bersifat Open Source. Terdapat juga dalam bentuk yang berlesen seperti Invision Power Board dan VBulletin. Sebagai pilihan penulis akan menggunakan phpBB sebagai aplikasi forum. Bentuk asas sila lihat pada rajah 1 di bawah.

 

Setiap kumpulan akan dipecahkan kepada lima kumpulan sama seperti bilangan sub topic. Setiap pelajar akan diberi akses kepada lima sub forum mengikut kumpulan tajuk masing-masing. Contoh sub topic adalah seperti di bawah:

 

Kumpulan Sub Topik 1:

Sistem Politik Melayu Tradisional

 

Kumpulan Sub Topik 2:

Sistem Beraja

 

Kumpulan Sub Topik 3:

Peranan Sultan dalam Masyarakat Melayu Tradisional

 

Kumpulan Sub Topik 4:

Sistem Pembesar

 

Kumpulan Sub Topik 5:

Peranan dan Tugas Pembesar

 

Forum akan turut di bahagikan lima kategori mengikut sub tajuk di atas. Di dalam forum guru akan memasukkan bahan rujukan atau pautan yang berguna untuk diterokai oleh setiap pelajar berbeza dengan kaedah Aronson yang memilih bahan dan disediakan pada sesi perbincangan (Smith, 2000). Sekiranya wujud masalah pelajar boleh mengutarakan masalah dan mana-mana rakan atau pembimbing boleh membantu menjawab atau memberi cara penyelesaian masalah. Bentuk pembelajaran pada tahap ini lebih kepada pembelajaran kendiri. Teknik penggunaan adalah sama seperti pengajaran berasaskan portal. Dengan memindah sebahagian daripada rutin pembelajaran daripada berasaskan kelas kepada penggunaan internet diharap dapat mengubah paradigme pelajar terhadap matapelajaran sejarah yang dianggap sebagai  subjek kaku dan mati.

 

Setelah selesai aktiviti perbincangan dan penerokaan bahan di internet, semua pelajar akan menggunakan bahan yang diperoleh di forum sebagai bahan untuk perbincangan dalam kumpulan masing-masing. Pelajar yang mahir sesebuah tajuk akan mengetuai kumpulan masing-masing semasa tajuk tersebut dibincangkan. Ini memberi ruang untuk setiap ahli menjalankan tanggungjawab masing-masing dan memupuk sikap bertanggungjawab. Interaksi pelbagai kaum dan jantina ini diharap dapat membantu mengurangkan sikap prasangka perkauman yang menebal di kalangan rakyat pelbagai kaum di Negara kita. Hasilnya persaingan yang negatif di perbetulkan menjadi persaingan antara kumpulan yang sama.

Rajah 1: Contoh forum phpBB

Kaedah Jigsaw

 

Jigsaw merupakan strategi pembelajaran Kooperatif yang mewujudkan persekitaran bekerja sama di antara semua ahli dalam kumpulan. Justeru, ia dapat meningkatkan kemahiran mendengar, penyampaian, dan pemikiran kreatif (Felder dan Brent, 2004). Setiap ahli dibahagikan mengikut kemampuan, etnik dan jantina. Perancangan ini mengharapkan setiap pelajar menjadi bertanggungjawab, berinteraksi secara terus dan mempraktikkan kemahiran interpersonal mengikut kesesuaian (Hafizah Hussain, 2006).

 

Kaedah Jigsaw dalam pembelajaran pertama kali dicuba di Austin, Texas pada tahun 1971 oleh Prof. Aronson bersama pelajar di bawah bimbingan beliau. Beliau telah menjalankan kaedah ini pada pelajar yang berlainan ras iaitu Kulit Putih, Kulit Hitam dan Hispanic. Persekitaran pembelajaran yang seringkali berakhir dengan permusuhan, justeru satu strategi dirangka bagi mengalih persekitaran  yang ganas kepada persekitaran yang koperatif.

 

Berdasarkan rajah 1 di bawah ia adalah model Jigsaw yang biasa digunakan dalam kaedah pengajaran berkesan. Pelajar yang telah diberi latihan akan kembali ke kumpulan masing-masing dan akan menjadi ketua untuk membimbing rakan-rakan yang lain dalam kumpulan.

 

Penulis akan menggunakan kaedah Jigsaw yang telah diubahsuai seperti pada rajah 3. bagi setiap tema / bab utama akan dipecahkan kepada lima sub tema/topic. Setiap pelajar akan mewakili kumpulan masing-masing untuk diberi latihan sub topic khusus. Dalam kaedah ini setiap pelajar akan dilatih untuk menjadi ketua dan mebimbing rakan-rakan lain bagi tajuk yang dia telah kuasai. Setiap kumpulan akan diagihkan dalam secara seimbang mengikut kaum dan jantina oleh guru pembimbing.

Rajah 2: Strategi Jigsaw (Aronson, 2000)

Rajah 2: Pengubahsuaian Kaedah Jigsaw Aronson dalam Pengajaran Sejarah

Dalam kaedah Jigsaw model Aronson pelajar yang dilatih merupakan pelajar yang berkebolehan berbanding rakan lain dalam kumpulan yang lebih rendah pencapaian akademik mereka. Walau bagaimanapun pengubahsuaian dalam Rajah 3 mengandaikan semua pelajar Tingkatan enam memiliki kebolehan yang hamper sama, justeru masing-masing akan diberi latihan khusus untuk sub tajuk masing-masing.

 

Pembelajaran Berkesan

 

Pembelajaran Berkesan merupakan kaedah pengajaran terbaik yang boleh memberi kepuasan kepada pelajar dalam aspek P&P. kepuasan boleh diukur melalui peningkatan pencapaian dalam kuiz atau ujian yang diberikan.

Sejarah Tingkatan Enam

Matapelajaran sejarah merupakan matapelajaran elektif di peringkatan STPM. Berdasarkan syllabus terkini Tingkatan Enam, matapelajaran Sejarah dipecahkan kepada dua kertas iaitu Kertas 1 yang meliputi Tamadun Dunia dan Tamadun Islam dan kertas 2 yang mencakupi Sejarah Malaysia dan Asia.

Pernyataan Masalah

 

Kaedah Jigsaw didapati sangat berjaya dalam kajian ke atas ke pelajar Kejuruteraan (Hafizah Hussain et al, 2006). Justeru, adakah dengan membuat pengubahsuaian ke atas bentuk Jigsaw akan dapat memberi kesan yang sama ke atas pencapaian pelajar dalam matapelajaran sejarah di tingkatan enam.

 

Prosedur

Pelaksanaan kumpulan Koperatif Jigsaw adaah berasaskan prosedur yang diubahsuai daripada Smith (2000). Guru akan membahagikan pelajar kepada lima kumpulan.

 

  1. Bina Kumpulan Kooperatif Asas: Ini adalah kumpulan asas bagi setiap ahli dalam kumpulan. Setiap pelajar diberikan satu set edaran yang mencakupi arahan dan tugas yang akan dijalankan.
  2. Bina Kumpulan Koperatif Tema: Selepas taklimat am diber setiap pelajar akan diarahkan masuk ke dalam kumpulan Koperatif Tema.
    1. Pelajar memperkenalkan ID kepada rakan-rakan untuk membolehkan mereka berhubung di forum.
    2. Pelajar akan meneroka bahan yang disediakan oleh guru dan membuat perbincangan pada forum. Semua idea baru dan konsep yang sukar difahami akan dibimbing oleh moderator/guru.
    3. Latihan: Pelajar akan berjumpa di dalam Kumpulan Koperatif dan belajar cara mengajar melalui bimbingan guru dan sesi soal jawab oleh rakan-rakan dalam kumpulan.
    4. Setiap pelajar di dalam kumpulan akan menjadi pengajar dan pelajar melalui sub topic yang disediakan.
  3. Beri ganjaran: Kumpun yang berjaya mencapai gred purata tertinggi dalam ujian akan diberi hadiah.

 

Dapatan

Kajian akan diadakan di sekolah yang memiliki kumpulan pelajar Melayu, Cina dan India dalam nisbah 4:3:3. di daerah Seremban, Negeri Sembilan. Responden kajian adalah pelajar Tingkatan 6 aliran Kemanusiaan.

 

Dapatan kajian akan dianalisis menggunakan perisian Statistical Package for Social Sciense (SPSS).

 

Kesimpulan

 

Pengkaji merumuskan terdapat perbezaan siginifikan dalam penguasan pelajaran selepas penggunaan kaedah jigsaw. Walau bagaimanapun tidak dinafikan pengendalian kaedah Jigsaw agak sukar disebabkan struktur Jigsaw adalah kompleks dan memerlukan komitmen daripada pelajar dan pendidik dan memerlukan perancangan yang rapi. Malahan pra syarat kaedah jigsaw iaitu kepelbagaian dalam kumpulan, saling bergantung secara positif, komunikasi, kebertanggungjawapan individu dan kemahiran interpersonal dilihat akan menentukan kejayaan kaedah Jigsaw.  Masalah lain yang dikenal pasti iaitu terdapat pelajar yang suka mendominasi perbincangan tanpa memberi ruang kepada rakan-rakan yang lain. Untuk menyelesaikan masalah ini guru perlu menggunakan kaedah giliran dalam pusingan. Terdapat pelajar yang tidak suka kaedah ini berbanding kaedah berpusatkan guru. Untuk menghadapi situasi ini guru perlu menjelaskan secara efektif dan membiasakan pelajar melalui kaedah jigsaw untuk mengelak kebosanan.

 

Guru berperanan memilih bahan untuk bacaan dan pautan yang sesuai dengan tajuk yang diberikan. Guru harus mengagihkan pelajar agar semua kumpulan memiliki kemahiran yang hampir sama. Dalam forum di internet guru harus membuat pemantauan agar skop perbincangan dan soalan yang relevan sahaja dibincangkan. Guru harus membenarkan penambahan bahan lain sebagai sumbangan setiap ahli kumpulan dalam sub topic yang sama.

 

Rujukan

 

Ehwan Supangat, Sistem Pengajaran Kendiri Sejarah Berasaskan Modul Teras Cabang Shahrom. Tesis Sarjana, Fakulti Sains Komputer dan Sistem Maklumat, Universiti Teknologi Malaysia.

 

Felder, R.M. and Brent, R. 2004. The ABC’s of Engineering Education: ABET, Bloom’s Taxonomy, cooperative learning. American Society for Engineering Education. Sesi 1375. http://www4.ncsu.edu/unity/lockers/users/f/felder/public/Papers/ASEE04(ABCs).pdf

 

Hafizah Hussain, Dzuraidah Abdul Wahab, Aini Hussain, Salina Abdul Samad, Che Husna Azhari, Azah Mohamed dan Noritawati Md Tahir. Kesan Kaedah Pembelajaran Koperatif Teknik Jigsaw di Kalangan Pelajar Kejuruteraan, UKM Prosiding Seminar Pengajaran dan Pembelajaran Berkesan 2006. ukm. 44-53.

http://pkukmweb.ukm.my/~upak/pdffile/2006/6~kesan%20pembelajaran%20teknik%20jigsaw-Prof%20Aini.pdf

 

Isahak Haron & Koh Boh Boon.1992. Asas-Asas Dalam Amalan Pedagogi, Kuala Lumpur, Utusan Publications & Distributor Sdn. Bhd.

 

The Malaysian Smart School: Implementation Plan. 1997.

 

Smith , .K.A. 2000. Going Deeper: Formal Small-Group Learning in Large Classes, New Directions for Teaching and Learning, n81 p25-46.

http://www.ce.umn.edu/~smith/docs/NDTL81Ch3GoingDeeper.pdf

Entry filed under: Sejarah. Tags: .

Penggunaan ICT di dalam Pengajaran dan Pembelajaran Sejarah

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

Trackback this post  |  Subscribe to the comments via RSS Feed


Calendar

November 2010
M T W T F S S
« Sep   Dec »
1234567
891011121314
15161718192021
22232425262728
2930  

Most Recent Posts


Follow

Get every new post delivered to your Inbox.

%d bloggers like this: